Masakan Ma

30-10-08 Ni tengah masak rendang ayam
Mama saya memang suka memasak. Saya amat berbeza dengan Ma. Saya tidak pandai memasak.
Pada 1 Oktober 2008 hari raya pertama, buat pertama kali saya berada di rumah mertua di Ampang. Saya sangat rindukan masakan Ma - saya perlu balik cepat. Sebelum ni, saya tak terkejar2 pon untuk beraya bersama keluarga. Sampai sahaja di rumah pukul 4pm (2pm dah sampai sebenarnya tapi family saya masih beraya di rumah Pak Ngah -tunggu jugakla..), saya terus bersalam dengan Abah. Ma sedang di gagang telefon, tapi saya salam juga lah dalam keadaan gopoh - tak sabar nak makan punya pasal.. Duduk sahaja saya di atas meja terus saya makan :-
1. nasi impit dan rendang daging basah yang lazat tu,
2. ..nasi impit dan rendang ayam lagi..
3. ..cicah kuah kacang pulak..
4. ..ada serunding daging syooorrr punya!!
4. ..lontong kuah pekat dan sambal ikan bilis pon ada??.. Perghh banyak betul Mama masak tahun ni!!
Orang lalu pon acuh tak acuh je saya buat.. Ela datang salam raya, mama jamu makan. Bestnya raya tahun ni!
Beriman kepada Takdir
Beriman kepada takdir merupakan salah satu rukun iman yang harus difahami dan diyakini. Ia mengandungi 4 unsur:
1. Beriman pada ALLAH yang tahu segala inci dan global semenjak dulu dan azali, baik berhubung pekerjaan Dzatnya atau hambanya.
2. Beriman pada ALLAH menulis semua ketentuan (Qadar) di kitab Lauh Mahfudz.
3. Beriman bahawa semua yang ada di alam tidak ada kecuali atas kehendak ALLAH, baik yang berhubung dengan perbuatanNYa atau perbuatan ciptaanNYa.
4. Beriman bahawa segala makhluk yang ada adalah ciptaan ALLAH - dzatNYa, sifatNYa dan gerakanNYa
*info: www.perpustakaan-islam.com
Rahsia Lauh Mahfudz
Allahumagfirlaha warhamha wa’afihi wa’fu’anha
Allahumagfirlaha warhamha wa’afihi wa’fu’anha
Allahumagfirlaha warhamha wa’afihi wa’fu’anha
Satu rahsia Lauh Mahfudz telah pon tersingkap oleh saya sekeluarga.
Mama saya telah kembali ke RahmatULLAH tanggal hari Khamis 30 Oktober 2008 jam 6.40pm akibat asma atas pangkuan Ela. Mama meninggalkan kami ketika dia sedang memasak di rumah untuk rakan2 pejabatnya sempena Majlis Tazkirah. Jenazah beliau kami bawa ke Kg Serkam, Merlimau tempat kelahirannya atas permintaan Pak Ngah - rezeki pulak dapat guna kubur ayahnya (atas perut). Ketika itu saya merasakan kebenaran setiap ayat dalam al-Quran itu telah terbukti didepan mata.
Mokde sambut saya ketika saya sampai di kg bertanya sambil menangis teresak-esak “kau mintak maaf pada mama ke Kak Long..? Ampunkan kesalahan mama, Kak Long… Inilah perkara yang Mokde kata selama ni Kak Long..” Saya membatu sahaja - air mata saja yang keluar. Mokde tahu saja apa yang bermain di fikiran saya.
Sebenarnya saya yang banyak salah pada Mama. Saya tidak sempat memohon ampun dan maaf dari Mama. Saya sangat ralat. Apa yang saya mampu lakukan ialah menyedekahkan pahala bacaan tahlil dan Quran, berdoa supaya dosanya diampuni, kuburnya dilapangkan dan disenangkan urusannya di sana. Saya menyusun batu2 kecil menitip ungkapan MAAF diatas kubur Mama ketika membacakan Yaasin pada hari terakhir kami di kg sebelum pulang ke Kajang. Sehingga hari ke-22 ini, kami masih terus membacakan tahlil untuk Mama. Ketika tahlil, terngiang2 di telinga suara Mama mengaji sambil berusaha membetulkan tajwid bacaan di biliknya pada bulan Ramadhan lepas.
Allahumagfirlahum Warhamhum Wa’afihi Wa’fu’anhum
Allahumagfirlahum Warhamhum Wa’afihi Wa’fu’anhum
Allahumagfirlahum Warhamhum Wa’afihi Wa’fu’anhum
Saya menyesal betul tak minta maaf pada Mama. Cita-cita saya sekarang ingin berbakti pada Abah dan kalau diizinkan ALLAH, tak mahu hilang Abah ketika hayat saya ada. Sekarang , tak ada lagi Mama di kalangan majlis keramaian, berbaring di ruang telefon berseloroh dengan adik2, di dapur meminta bantuan dari Minah, di luar berbincang dengan Abah, dan menegur aku berseluar pendek di kampung. Jadi di pejabat Mama pula, Majlis Tazkirah itu telah bertukar menjadi Majlis Tahlil - jamuannya dimasak oleh Mama.

Allahyarhamah Zainon Hj Mohd Noor
Saya ucapkan terima kasih kepada rakan2 dan saudara-mara khususnya kerana memberi kata2 perangsang dan semoga sedekah khafiat bacaan al-Fatihah dan tahlil kalian sampai pada Mama. Ampuni salah dan silap Mama sekiranya ada. Semoga amal ibadahnya diterima ALLAH, diampuni dosa dan kuburnya menjadi salah satu dari taman-taman syurga.
Al-Fatihah buat Mama, Zainon Binti Hj Mohd Noor..